@batuterang

Icon

Cuti Musim Sejuk

img_1794

Jalan-jalan Musim Sejuk berakhir secara rasmi  sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari Setesen Uozumi. Kelima-lima cop di atas menandakan Tiket Pengembara habis digunakan. Biarpun mahal, ia amat berbaloi bagi kaki musafir seperti aku.

Perjalanan pulang dari Suzuka mengambil masa lebih daripada yang dijangkakan. Semuanya gara-gara aku tersilap platform menunggu densha (keretapi eletrik). Tetapi, aku sempat juga tiba di asrama sebelum jam 10 malam. Jika tidak, terpaksalah panjat pagar.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , ,

Pusing-pusing Mesir#1

Honk honk ho~nk.

Tiba-tiba bunyi hon kereta semakin perlahan kedengaran. Lagi ditekan, lagi semput ianya berbunyi. Bagaikan ada yang sedang menyekatnya keluar. Aku yang sedang cuba ‘khusyuk’ di kerusi penumpang terus membuka mata. Dan, tidak lama selepas itu kereta yang menuju ke Zarqaziq berhenti di bahu jalan. Melihatkan kepada usaha abang pemandu yang cuba berkali-kali menghidupkan enjin, fahamlah aku bahawa kereta sedang menghadapi masalah. Mungkin bateri sudah ‘kong’, bukan kehabisan gas.

“Tulah hang, dok main hon dari awai lagi sapa suruh”, hati aku cuba membuat lawak.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , ,

Kaki Jet

Sudah pukul 2 pagi waktu Jepun. Selalunya sudah lena enak dibuai mimpi. Apatah lagi baru pulang dari pengembaraan. Dengan badan yang letih sepatutnya lebih mudah. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sukar sekali hendak menutup mata.

Adakah ini yang dikatakan jet lag?

Ataupun aku ada penyakit lain?

Hmm.

Mungkin kena tekan reset button.

p/s: kalau aku tak dapat dihubungi melalui telefon bimbit, ketahuilah bahawa ianya sudah rosak.

Filed under: coretan

Twitter?

PAPAN

portal

Komen Terbaru

am pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Kukus
am pada Kukus
nur sakinah pada Kukus