Manchester United 5 Gamba Osaka 3
Begitulah keputusan akhir perlawanan bola sepak antara Juara Eropah dan Juara Asia yang aku saksikan di kaca televisyen bersama ryuugakusei yang lain.
Seperti yang diramalkan, MU menang perlawanan ini tetapi bukan dengan kemenangan gol tidak berbalas. Maksud aku, bukan dengan kemenangan yang selesa.
PERLAWANAN
Aku lihat Gamba dari awal lebih menguasai bahagian tengah dan mereka menunjukkan persefahaman yang tinggi kerana seringkali membuat serangan yang mengancam benteng pertahanan MU.
Walaubagaimanapun, MU menggunakan kelebihan tinggi lampainya untuk mendahului 2-0 pada separuh pertama.
Persembahan yang hambar berterusan pada separuh masa kedua sehinggalah pada 18 minit terakhir perlawanan.
Permainan menjadi rancak apabila Endo yang dari awal hanya membuat hantaran dan merancang permainan, melakukan rembatan dari jauh. Namun, percubaan bahaya tersebut dihalang bekas penjaga gol Belanda, Edwin van de Sar.
Dan, wakil Jepun itu semakin menunjukkan taringnya apabila membuat cubaan lagi, kali ini melalui sepakan percuma. Walaupun percubaan tersebut berjaya diselamatkan, tampanan yang dilakukan Edwin hampir memberi peluang kepada rakan sepasukan Endo untuk mengutip mata sebelum bola dikeluarkan oleh pertahanan MU.
Gamba dilihat berjaya memberi tekanan kepada MU apabila menjaringkan gol menerusi serangan balas pantas. Mata aku tidak berkelip di saat gawang MU dibolosi. Lidah kelu. Aku seakan tidak percaya. Mungkin penyokong MU yang lain seperti kalian pun sama, bukan?
Kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila penyerang England, Wayne Rooney menjaringkan gol sebaik sahaja masuk menggantikan Tevez.
Aku rasa, Gamba masih tersentak dengan gol ketiga MU apabila Rooney mudah menambah jaringan seminit kemudian. Belumpun sempat Gamba menyusun kembali barisan, Fletcher menjaringkan gol kelima MU.
Perlawanan semakin menarik apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan. Namun, jentera serangan MU tampak keletihan. Hantaran yang dilakukan mudah dirampas dan selalu hilang posesi bola.
Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh Gamba dengan membuat asakan bertali arus dan peluang menjaringkan gol hadir apabila bola terkena tangan pertahanan MU dalam kawasan kotak penalti.
Endo, pemain terbaik Kejohanan Kelab Asia tenang menolak bola masuk ke gawang, menewaskan Edwin. Melihat aksi beliau, baru aku tahu kenapa namanya meniti di bibir rakan Jepunku. Sasuga.
Setelah bolos 2 gol, MU kembali agresif menyerang. Tetapi, pertahanan Gamba yang kental sedikit menyukarkan MU mengatur langkah dan Gamba menghukum kelekaan pertahanan MU dengan menjaringkan gol ketiganya pada minit kecederaan.
Walaupun tewas, Gamba keluar bermaruah. Mereka tidak patah semangat dan terus berusaha menyerang walaupun ketinggalan 0-2 dan 1-5. Dan, aku kagum dengan penyokong Gamba kerana tetap setia menyokong sehingga perlawanan tamat.
Manchester United akan bertemu Liga de Quito di peringkat akhir. Berdasarkan prestasi semasa, aku rasa MU mungkin sukar memenangi perlawanan itu. Akan tetapi, apa-apa pun boleh terjadi dalam dunia sukan.
*Video ini yang aku maksudkan di ruangan komentar. Korang boleh tengok betapa seronoknya penyokong Gamba di belakang.
Filed under: coretan , sukan, bola, Gamba Osaka, Manchester United, fifa club world cup japan, Endo Yasuhito, Rooney, Liga de Quito

Wah,macam Hasbullah Awang hang punya ulasan.
Walaupun MU menang tapi Gamba punya permainan dan semangat memang dipuji.
Endo memang style macam tu ambil penalti.Dalam team Jepun pun sama.Ambil penalti macam jalan kemudian menyepak tenang.
oooo
memang camtu ka stail dia
aku baru tahu
hehe
kalau tengok kat youtube,
sepakan penalti endo
paling ramai orang tengok dalam dua hari ni
aku semakin respek sama dia
patutla bila jepun ada perlawanan
nama dia asyik disebut je lepas nakamura
naruhodone
owh,kat youtube ade ek citer pasal Endo?hermm..
Banding ngan Nakamura aku lagi suka Endo.
Cuma Endo tak bernasib baik tak dapat main kat EPL atau mana-mana Liga Eropah.
bukan citer pasal dia la
pasal dia menewaskan Edwin si tinggi lampai
melalui penalti aritu
hmm..
mungkin bukan rezeki dia