Mula-mula aku tengok video ni, langsung tak faham apa yang berlaku. Permainan tak sampai 10 saat, pengadil dah membuat panggilan ‘foul’.
Lepas tu pulak, jurulatih pasukan membuat isyarat ‘thumbs up’ dan Shaquille O’Neal hanya tersengih. Dapat dilihat, ada juga pemain yang lain ikut tersenyum.
Apa yang telah berlaku?!
STRATEGI
Lama juga aku cuba memahami video ni. Habis satu pusingan, ulang semula. Sambil-sambil tu meringankan tulang untuk mencari apakah makna disebalik perkataan ‘Hack-a-Shaq’.
Cara yang paling mudah, aku cari di Wiki(pedia).
Rupa-rupanya, ‘Hack-a-Shaq’ ni merupakan salah satu stategi pertahanan dalam sukan bola keranjang. Tujuan utamanya adalah untuk memperlahankan kutipan mata oleh pasukan yang mempunyai jentera serangan yang kuat.
Perlaksanaan strategi ini amat mudah. Hanya menyasarkan pemain yang mempunyai purata balingan percuma yang paling rendah.
Walaupun keberkesanannya tinggi, tetapi sudah tentu ada yang tidak suka terutamanya para peminat sukan tersebut.
Bagi mereka, strategi itu digunakan oleh para jurulatih untuk memperlahankan permainan dan mengganggu keseronokan melihat dua pasukan yang bagus bersaing merebut kemenangan (petikan:3 saat pertama video ini).
SEJARAH RINGKAS
Don Nelson, seorang jurulatih pasukan Dallas Mavericks adalah orang yang awal menggunakan strategi ini dalam perlawanan liga bola keranjang di Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai NBA (National Basketball Association) untuk menyekat serangan pasukan Chigago Bulls(era Micheal Jordan).
Beliau mensasarkan Dennis Rodman(banyak tatu, fesyen rambut kerap berubah dan pernah berlakon filem), yakni pemain yang mempunyai purata balingan percuma yang paling rendah.
However, it ultimately became better-known for its application against center Shaquille O’Neal and the Los Angeles Lakers, the team for which O’Neal played at the time. (SUMBER)
Boleh agak dah kan kenapa dinamakan sebagai ‘Hack-a-Shaq’?
Filed under: tahukah kita? , bola keranjang, sukan
Haha,menarik sungguh taktik nih..thanks for the info bro
your welcome bro
taktik tu
baru seciput
ada lagi seciput-seciput yang lain
yang saya tak tau …