“Suddaaah. Berair lagi.”
Aku langut ke atas.
Sepatutnya aku seperti tahun lepas, berasa gembira kerana akan pulang bercuti. Tetapi kali ini, seakan hati liat untuk mengukir senyuman.
Dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Narita, aku beberapa kaliĀ menahan air mata daripada mengalir.
Sebak.
Mungkin kerna peristiwa sepanjang 2 minggu lepas yang berlalu, sedikit sebanyak meninggalkan kenangan.
ohh..termasuk mood sedih la pulak.
tukar tukar.
SUMMERCAMP2008
“Assalamu’alaikum, ustaz. Saya Afiq. Kalau ustaz sudi, jom kita memasak.” Begitulah ta’aruf ringkas aku dengan Ustaz Hasrizal, tetamu jemputan untuk program umum kali ini.
Tidak lama akuĀ dapat bersembang dengan beliau kerana perlu menguruskan barang keperluan dan hal-hal yang berkaitan dengan dapur.
Ya.
Jika program sebelum ini aku datang hanya sebagai peserta, tetapi untuk SummerCamp ini, aku datang sebagai ahli jawatankuasa yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal perut para peserta.
Amat mencabar dan menduga kesabaran.
Begitulah tanggapan aku. Memasak di dapur tempat program tidak sama dengan ‘bertukang’ di dapur asrama kolej. Tetapi, syukur aku panjatkan kerana dikelilingi rakan-rakan yang berpengalaman dan komited sepanjang 5 hari berkampung di Ibaraki. Dan, banyak teknik memasak dan teknik membuat minuman aku pelajari daripada mereka ini.
Filed under: kisah atok , Ibaraki, SummerCamp


salam ukhwah…sbnrnya, jd peserta tu lg mudah dr jd jawatankuasa…peserta hanya tahu benda dh dhidang d dpn mata…jawatankuasa yg separuh nyawa ni yg parah…peseta tido, urusetia kne berjaga, peserta bgun, urusetia mmg da sedia bgun…
begitulah antara cabaran
yang perlu AJK
jangkakan sedari awal
hmm..
yang pasti
ianya
memberi satu kepuasan
terhadap diri
dan
sebagai persediaan
sebelum ke ‘peringkat’ seterusnya
salam ukhwah kembali (^-^)y
Kasihan adikku. Masa kau bermenung bersendiri, aku tertanya apa sedang kau risaukan. Aku cuma bisa menghulur secangkir teh buat pujukan.
Kali ni, kau pula duduk,
biar aku yang ambil alih tugas itu.
Waktu tu…
saya curi tulang
hehe…
alaa…
tak seronok la duduk
jom la berdiri sama-sama