
sumber foto:theStar online
1. Sebelum ini, juara dunia Itali, sekarang pula Perancis kena belasah Kalah 1-4 dengan Belanda Berbanding perlawanan dengan Romania, corak permainan seakan ada sedikit perubahan, tetapi tetap tidak dapat menahan asakan Oranje Kecekapan penjaga gawang menambahkan lagi tahap ketensenan jentera serangan Kini Itali dan Perancis perlu memenangi perlawanan terakhir di samping mengharapkan Romania kecundang dengan jaringan yang besar di tangan Belanda. Sekian, ulasan ringkas EURO2008 satu noktah. Untuk menonton highlight perlawanan, sila layari footytube.com.

2. Ketika sedang bersarapan, skrin tv memaparkan perkataan berkelip-kelip.
0845: gempa bumi bermagnitud lebih 6 skala Ritcher di Touhoku (Iwate, Miyagi, Akita dll)
Selepas itu, ada beberapa lagi gempa susulan, tetapi tidaklah sekuat awalnya. Setakat ini (yang aku tahu), angka kematian mencecah 6 orang dan beratus lagi cedera.
Rakyat Malaysia apa cerita?
Setakat yang aku tahu, ada yang lawan bola dan ada yang mengikuti program JU (dengar macam menarik, cuma tak berpeluang).
3. Lee Chong Wei menang di Singapura. Statistik boleh rujuk di sini.
4. Ya, Uniqlo. Jenama pakaian yang susah dipisahkan dari aku sejak mai ke sini. Bagi aku, selain harganya yang murah, coraknya yang ’simple’ adalah ok. Tetapi tidak bagi segelintir orang yang lain. Maa ne. Masing-masing ada citarasa sendiri.
Kecantikan itu bergantung kepada sang punya mata.
Selama aku berada di sini, 85% pakaian yang aku beli – baju sejuk, stokin, T-shirt dan lain-lain, adalah berjenama ini. Cuma, dalam simpanan almari hanyalah sebanyak 45% sebab aku terlebih bawa baju dari Malaysia dan la ni pun masih boleh dipakai. Ini membuktikan badan aku tidak membesar dan ‘maintain’ kurus. [huh.perasan]
5. Benda ini walaupun lama lagi, yakni dua bulan, aku bagaikan berada dalam dilema. Ke walimah sepupu di Kulim atau SC?
Walimah?
SC?
Walimah?
SC?
Walimah?
SC?
(Ohh…)
6. Dalam kepeningan ini, aku tutup entri dengan sebuah lagu. Terimalah.
Jya ne…
Filed under: coretan , chong wei, euro2008, gempa bumi, iwate, SummerCamp, uniqlo





Komen Terbaru