@batuterang

Icon

Kembali

1. Peperiksaan pertengahan penggal tamat dengan rasminya hari ini.

2. Berjaya menjauhkan diri daripada komputer selama tiga hari berturut-turut. Secara tidak langsung telah mencipta rekod peribadi yang baru.

3. Buka peti surat elektronik (e-mail box), ada 47 keping. Juga merupakan rekod baru.

4. Buka YM, banyak mesej tutup talian (offline messages) ditinggalkan. Kebanyakannya hanyalah sambungan (link) kepada artikel-artikel dan video. Yang paling menarik adalah video di bawah.

5. Muhasabah pasca musim peperiksaan di KuraZushi. Sambil menyantap, sambil memikir langkah pembaharuan yang perlu dilaksanakan.

6. Tonton perlawanan bola tampar antara Jepun dengan Australia. Sengit sungguh. Esok Jepun vs Argentina. Mesti lihat kerna aku minat sukan (tengok je~). Jika menang, Jepun mara ke Olimpik. Negaraku bila lagi?

7. Entah berapa kali aku terasa hampeh bila baca (via blog, akhbar dll.) atau dengar (via youtube dll.) kenyataan yang tak konsisten. Kali ini mengenai MINYAK pulak. Petrol naik RM0.78, dalam satu malam sahaja. Nampaknya, duit kita akan cepat kering tidak lama lagi.

8. Takde masalah kalau nak naikkan pun. Cuma, janganlah mendadak sangat. Perbuatan macam ni bagai melepaskan mercun bola di tangga. Terkejut isi rumah. Yang mana tak tahan, boleh diserang sakit jantung (na’uzubillah min zaalik).

9. Beginilah, meh nak bagi cadangan. Disebabkan harga barang [mungkin] akan meningkat lagi dan lagi selepas ini, eloklah turunkan gaji dan bermacam-macam elaun yang dikhaskan untuk diri dan pak menteri sekalian. Pastu, eloklah buat usaha pemulihan. Tumpu kepada remaja. Tak perlu lancarkan program nak meng’angkasa’ la nak merawat la koridor la projek mega la. Bagi aku, ayat je canggih tapi angkuh bunyinya.

10. Sampai sini sahaja. Akan aku kembali lagi jika diizinkan-Nya.

11. Dah mengantuk. Ada sesiapa nak sorongkan bantal?

12. Tak mengapalah. Aku sorong sendiri.

Jya ne…

Filed under: coretan , , , , , ,

Twitter?

PAPAN

portal
wg2009

Komen Terbaru

am pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Kukus
am pada Kukus
nur sakinah pada Kukus