“baiklah, sampai di sini sahaja. kita akan berhenti awal memandangkan esok bermulanya cuti renkyuu*.”
mendengar kalimah yang keluar dari mulut shi sensei itu membuatkan kelas sedikit riuh dengan sorakan. perkataan itu juga bagaikan satu azimat. yang lena terus terjaga. yang seakan terseksa terus mengukir senyuman tanda puas. tidak perlu lagi mendengar syarahan beliau yang begitu sukar untuk difahami, mungkin.
kelas yang ditangguhkan 10 minit awal itu menandakan aku hanya mempunyai masa sekitar 2 jam untuk bersiap-siap kerana perlu bertolak dan tiba seawal mungkin supaya aku tidak menyusahkan diri dan tuan kepada rumah yang akan ku tumpang pada malamnya.
LAYAN
berbekalkan semangat kesukanan yang tersemat dalam diri, bergegaslah aku segegasnya dan akhirnya sampai di stesen nishi-akashi (西明石).
“hmm. paling awai 1815…”
“la ni pukul…1813!!!”
apa lagi. teruslah aku menuju ke platform pelepasan. anak tangga dilangkah besar. waktu itu beg yang dijinjing terasa ringan.
“para pengguna diminta berhati-hati. pintu akan ditutup.”, umum pegawai bertugas meskipun suasana lengang.
pecutan ditambah dan tanpa menoleh kanan, kiri depan dan atas, aku [terpaksa] melompat masuk ke dalam perut ulat besi (baca : shinkansen*). alhamdulillah, sempat juga aku mengejar dan selamat mendarat dalam gerabak. mana kerusi yang kosong, aku labuhkan punggung di situ. nafas tercungap-cungap.
“huuuh. mengah sakan dibuatnya.”
aku capai keitai* dan terus menghantar emel ke bro. jimi untuk memaklumkan bahawa aku sudah bertolak. kemudian aku keluarkan pila iPod Classic© -yang dibeli sebulan lepas- dari beg. selain membaca buku dan bermain game, mendengar alunan irama juga menjadi suatu kemestian bagiku ketika merantau jauh.
tak silap aku ketika shinkansen singgah di shin-osaka (新大阪). waktu itu, aku memang tengah layan lagu hindustan.
KABHI KUBSHI KABHI GHAM~~~
aku sedar ada seorang menghampiri tempat dudukku. aku toleh dan tiba-tiba dia menunjukkan tiketnya. aku melihat tiket itu, kemudian wajah tuannya.
“dia nak aku tunjukkan tempat dia ke?”, getus hatiku.
blur.
“cik sedang cari tempat duduk ke?”, aku memulakan pertanyaan.
“saya rasa ini tempat duduk yang saya tempah.”, dia membalas.
“kalau reserved seat kat depan lagi.”, aku berkata dengan yakin.
lalu, dia menuding jari ke arah pintu.
[car no. 6][reserved seat]
aku terdiam seribu bahasa. muka terasa bagaikan darah menjalar deras. hangat. terus aku beredar mencari kerusi kosong di tempat yang betul.
untuk seketika aku memikir kembali peristiwa tadi. ada pengajaran yang aku dapat iaitu walaupun sudah berada dalam situasi selamat, sesekali jangan ingat kita sudah selamat.
ya Allah. sungguh lalai hambaMu ini.
bersambung…
renkyuu*(連休) – cuti bersambung
shinkansen*(新幹線) – keretapi peluru
Filed under: kisah atok , GoldenWeek

Amboi.. tu lah dia. Bila nak pecut, mana teringat apa-apa kan?
Haa.. ni sejak bila guna istilah Ulat Besi ni? Haha.. Nak jadi geng Paus Besi ke? Kekeke..
P/S: Penulisan kau, dari hari ke hari, membuat jiwa rasa tertarik. Harap sentiasa update ya? Hehe..
betul bro
langsung tak toleh kiri kanan bila dalam keadaan camtu
huhu…
ooo
istilah tu ilham waktu menulis dalam perjalanan balik
bila tengok shinkasen ni ja
terasa ada persamaan dengan ulat
iaitu pergerakannya yang lancar
dan tak berapa bising
insyaAllah
akan sentiasa update
mu pun sekali la ye
hehe…V(^-^