@batuterang

Icon

Terkenang sih…

hanami di bawah teduhan sakura

sementara menunggu nasi masak, hati tergerak untuk menjejak kembali 2 lagu yang sering didendangkan di maktab mahmud suatu ketika dahulu (la ni aku tak tau) kerana pernah terdengar salah satu daripada lagu ini diudarakan di corong radio nasyid.fm.

bila dengar je, ” natsukashiina …” (rindunyaaa)

disebabkan tak boleh letak kat wordpress ni, korang klik je kat link.

persada perjuangan – zulfan

Masih mekar kenangan indah,
Zaman gemilang islam menjulang,
Ketika rasul ada bersama,
Para sahabat mentadbir dunia,
Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,
Langkah membina sebuah tamadun,
Satu barisan satu perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,
Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.

kedamaian – zulfan

Dunia semakin tua manusia sering bersengketa
Kebesaran Alah dilupa keegoaan jadi pegangan
Kemusnahan di depan mata
Tangisan menagih simpati
Bala menimpa untuk diinsafi kerna iman diuji

Apa erti kedamaian kalau jiwa penuh kehitaman
Apa erti kedamaian jika perasaan benci berpanjangan
Apa perlu kedamaian jika sukar lemparkan senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan

Apa perlu kedamaian jika sukar lempar senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan

(p/s) 1: lagi sedap rasanya kalau guna percussion

(p/s) 2: best gak kan kalau ustaz saifulislam.com buat persembahan nanti. (sekadar angan-angan sahaja) hehe…

Filed under: coretan , ,

Enpen

entri pendek. sedutan episod hidup aku. sekadar hendak membuang habuk setelah terbiar lebih 2 minggu wordpess ini.

KU PUNYA RAMBUT

“afiq, rambut ko dah panjang dari dulu la. dah tiba waktu untuk pendekkan kot.” sapa rakan kelasku, kubo yuusuke sewaktu memanaskan badan sebelum bermulanya kelas pendidikan jasmani.

“a ah la kubo. waktu terdekat ni kot akan potong.” aku membalas.

” mungkin lepas shiken atau waktu cuti musim panas nanti. hehe…” sambungku dalam hati.

KU PUNYA JARI

setelah setahun lebih aku bertukang di dapur, akhirnya terhiris juga jari aku. aduuh…pedihnya. mungkin sebab niat aku terpesong sedikit waktu tu.

KU PUNYA MATA

mata ni dah naik ‘power’. maksud aku sedikit kabur. mungkin kesan terlalu lama mengadap skrin. nampak gayanya, hospital menjadi salah satu tempat persinggahan aku la cuti nanti.

PERPISAHAN

hmm…tak dapat dinafikan. tak dapat dinafikan. setiap pertemuan ada perpisahan. samada ianya bersifat sementara ataupun kekal selamanya. itulah ketetapan.

khamis minggu lepas, seorang lagi senior aku, bro falah berangkat pulang ke malaysia. mengikut jejak bro jiji dan bro shah reza. memang tak dijangka kepulangannya. hendakkan hati ingin berjumpa lagi di sc (summer gathering). walaubagaimanapon, aku hormati keputusan beliau. sehingga berjumpa lagi. terima kasih kerana memberi peluang bermain dengan kamera waktu wg (winter gathering) dulu.

p/s: kamera falah sudah. kamera jimi pon sudah. lepas ni siapa punya pulak ye?

Filed under: coretan, kisah atok , , , ,

Golden Week #2

stesen yokohama

udara di yokohama seakan tiada bau. jika di tempat aku, keluar sahaja dari gerabak, terasa segar dan nyaman pabila menghirup udaranya. badan seakan kembali bertenaga. bak kata omputeh, “my body feels like been recharged”.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok ,

Golden Week #1

“baiklah, sampai di sini sahaja. kita akan berhenti awal memandangkan esok bermulanya cuti renkyuu*.”

mendengar kalimah yang keluar dari mulut shi sensei itu membuatkan kelas sedikit riuh dengan sorakan. perkataan itu juga bagaikan satu azimat. yang lena terus terjaga. yang seakan terseksa terus mengukir senyuman tanda puas. tidak perlu lagi mendengar syarahan beliau yang begitu sukar untuk difahami, mungkin.

kelas yang ditangguhkan 10 minit awal itu menandakan aku hanya mempunyai masa sekitar 2 jam untuk bersiap-siap kerana perlu bertolak dan tiba seawal mungkin supaya aku tidak menyusahkan diri dan tuan kepada rumah yang akan ku tumpang pada malamnya.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok ,

Golden Week ke-2

golden week merupakan satu nikmat bagi orang yang makan gaji di jepun kerana tempoh bercuti yang agak panjang disebabkan terdapat cuti umum yang bersambung.

29 april – 昭和の日, shouwa no hi (hari showa)
cuti bersempena hari lahir maharaja hirohito

3 mei – 憲法記念日, kenpou kinen bi (hari peringatan konstitusi)
cuti bersempena pelaksanaan konstitusi (pembentukan kerajaan…kot) di jepun pada tahun 1947

4 mei – みどりの日, midori no hi (hari midori)
cuti bersempena alam semula jadi. juga ada kaitan dengan maharaja hirohito yang menggemari tumbuhan. cuti ini dahulunya pada 29 april. tetapi diganti dengan hari showa.

5 mei – 子供の日, kodomo no hi (hari kanak-kanak)
cuti bersempena meraikan kanak-kanak lelaki. kalau untuk kanak-kanak perempuan dinamakan ひな祭り, hina matsuri. (tutor aku kata, hina matsuri lagi best. aku memang setuju pon. hehe…)

oleh itu, bila tibanya golden week ini, selalunya, mereka-mereka ini akan menghabiskan cuti bersama keluarga samada dengan melancong, balik kampung atau hanya lepak di rumah untuk menjimatkan duit.

AKU?

jika tahun lepas ke yokohama bersama bro farid dan kawan-kawannya, kali ini aku akan ke tokyo bersama bro jimi dan kawan-kawannya pula. esok, sebelum maghrib bertolak dan akan pulang ke batuterang ni pada hari selasa minggu hadapan. pergi dan balik dengan shinkansen V(^-^.

jya ne…

i’m waiting for summer to come…

p/s: nak promote benda sat. klik kat sini. credit to js

Filed under: tahukah kita? ,