nama pon hotel hilton. semua ada class. bilik pon selesa. cuma, malam tu aku tidur dalam kesejukan. tengok punya tengok, rupa-rupanya…danbou* tak pasang da(-_-”).
misi
“ohayou gozaimas. nan mei sama deska?”
“roku mei des.”
lebih kurang pukul 7 pagi hokkaido, semua peserta kena turun sarapan sebab bas akan bertolak lagi 40 minit.
anda jangan terpedaya. walaupun kata orang, menu kat atas ni cukup, tapi bagi aku, waktu sarapan mesti pekena nasi jugak. (tu dulu. la ni dah tukar cara pemakanan
)
shiroi koibito
nampak macam sedap -sumbersejenis biskut yang kat tengah-tengahnya ada white chocolate. dijual di hokkaido sahaja. harganya bergantung kepada pek. yang paling mahal untuk 28 pek kecil ialah 1575 yen dan yang paling murah 630 yen untuk 12 pek kecil. antara produk yang laris kat sini dan boleh dikatakan terkenal juga terutamanya di kalangan pelancong seperti aku ni. cuma, aku tak boleh makan.
“bahan yang digunakan ada yang datang dari sumber haiwan.” kata cik akak operator, membalas pertanyaan aku beberapa hari selepas pulang. dan perkara ini, aku akan tanya sekali lagi melalui emel untuk mendapatkan kepastian black and white.
zoo
lebih kurang 3 jam memanaskan kerusi bas, akhirnya kami sampai di zoo asahiyama dan diberi masa satu jam setengah untuk pusing-pusing kawasan sekitar.
pada mulanya, kami turun sekali, tapi terpisah di pertengahan jalan setelah aku melencong menuju ke bilik rehat. alamatnya aku kena pusing keseorangan. disebabkan topik kecil ialah zoo, tidak perlu aku menulis panjang, lihat sahaja gambar di bawah.
aku cuba cari bangunan yang menempatkan anak-anak mereka, tapi tak jumpa di samping masa yang tidak mengizinkan. dan menu tengah hari itu hanyalah pau kacang merah atau dalam bahasa jepunnya, anman (あんまん). sedikit tetapi cukup dan sedap (^.^
setelah itu, bertolaklah kami ke tempat penginapan untuk malam ini.
bersambung…
danbou (暖房)- alat pemanas / heater
omiyage (おみやげ)- cenderehati / souviner
Filed under: kisah atok , hokkaido















sungguh comel penguin itew huhu owh nway grus japonensis tu burung pe? bangaukah?
tengok rupa macam bangau, kan?
bangau kot tu
cuma lain daripada yang kita biasa lihat
hehehe…
bangau yg sedikit gebu kot hehe.da lme ke study kt jepun nih?
lama jugak
lebih kurang
setahun lebih sikiiiit je