@batuterang

Icon

::selamat datang::

alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku buka akaun blog di wordpress ini sejak sekian lama hajat tertangguh disebabkan kekangan masa dan juga akibat susah membuat keputusan. sebenarnya, blog ini adalah yang kedua.

kenapa?

tujuannya bukanlah kerana hendak menyusahkan diri-mengendali dua blog sekaligus. tetapi, bila dilihat dan merenung kembali blog yang pertama (juga dinamakan @batuterang, tertulis di blogroll), tiada identiti yang hendak aku tonjolkan. serabut rasanya. oleh itu, di sini, aku berharap dapat menceritakan kisah serta pengalaman diri dengan tenang dan menyampaikan buah fikiran dan segalanya tanpa perlu berselindung.

untuk makluman, dalam jangka masa sebulan dua, blog di wordpress ini akan menjadi laman utama, bukan lagi di blogspot yang berkemungkinan besar akan ditutup. dan artikel yang dirasakan sesuai akan diserapkan ke sini.

insyaallah, di sini, dua kata pengganti diri akan digunakan. samada aku ataupun saya.

kepada para pembaca, jika apa yang tertulis di blog ini terdapat kesalahan yang ketara, teguran dan tunjuk ajar kalian amatlah diharapkan.

yoroshiku onegaishimas.

Filed under: coretan

Pusing-pusing Hokkaido #3

nama pon hotel hilton. semua ada class. bilik pon selesa. cuma, malam tu aku tidur dalam kesejukan. tengok punya tengok, rupa-rupanya…danbou* tak pasang da(-_-”).

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok ,

antara dua atau dua-dua?

atau

or

dan


????????

Filed under: coretan ,

lega sikit rasanya

sejak buka sekolah ni (baru seminggu je pun), kesabaranku seringkali diuji. setiap hari pulak tu. bukan kerana ujian mata pelajaran. tapi sebab internet. adehh…tensen tensen.

internet

asrama lelaki kolej teknologi akashi-tempat penginapan aku, menggunakan servis internet tanpa wayar (wireless). untuk asrama perempuan, diorang guna kabel, macam dial-up kat rumah tu. cuma canggih (sikit jer :P ). tempoh servis internet kitorang kat sini macam kedai 7-eleven, 24 jam.

best, kan?

pastu…kalau nak guna perkhidmatan ni, kena minta kebenaran otai yang jaga internet sekolah iaitu hamada sensei. kat borang tu kena tulis sebab-sebab nak guna. apa lagi, kita ‘goreng’ la kata nak belajar, nak berhubung dengan orang di malaysia dan lain-lain lagi (^-^V.

pepatah

satu kelemahan wireless yang aku dah sedia untuk terima ialah mengenai ketidakstabilan ianya berfungsi. maksudnya internet akan selalu terputus-putus atau terdisconnected dengan tiba-tiba.

so, selama setahun aku rasa best melayari internet. nak telefon pon best. nak berusrah pon best. kalau nak terputus, dalam satu hari, waktu hujung minggu, paling dahsyat tak sampai 20 kali. masih boleh dimaafkan sebab bila line internet sihat, kelajuannya…pergh…tak bisa dikejar pemegang rekod dunia lari 100 meter.

tapi…

benarlah kata pepatah, cuaca tak selalunya cerah.

bila sekolah mula buka dan budak asrama masuk, aku mula sedar mengenai kemerosotan prestasi internet ni. semakin perlahan dan kerap sangat putus. tak macam tahun sudah.

dalam seminggu ni, nak baca paper online pon dah takde mood. apatah lagi untuk kemaskinikan blog ni. pastu, bila bersembang di alam maya, asyik putus sahaja. keluar masuk. keluar masuk. entah berapa kali dalam sejam. keluarga dan kawan-kawan pun pelik. kekadang ada yang ‘angin’.

wireless memang camni.”

itu lah skema jawapan aku setiap kali ditanya. sedikit sebanyak aku kena back up tempat aku nih.

e-mobile

tahun ni, aku akan sibuk dengan kelas dan laporan eksperimen. dan tahun ni juga, penggunaaan internet akan meningkat dua kali ganda dari tahun lepas. oleh itu, kena cari jalan macam mana atasi masalah ni.

gerak kerja ni dah bermula sejak cuti musim bunga bermula. tanya senpai, diorang cadangkan suruh beli macam kad 3G. pastu, alan recommend jenama e-mobile. disebabkan first time dengar, aku simpan dulu dalam memori.

dan, pagi tadi waktu berusrah secara online, geng-geng mencadangkan supaya beli kad 3G. bila ditanya jenama apa, diorang jawab e-mobile. katanya sedang meningkat naik. malangnya, liputan tak sampai ke tempat diorang.

itu tempat diorang. bila periksa kawasan aku, ada coverage.

terus aku buat keputusan untuk pergi ke kedai yang berdekatan. tanya punya tanya, aku puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh cik abang salesman. dan akhirnya aku membeli produk berkenaan.

ok ke tak?

buat masa sekarang ni, kelajuannya lebih kurang 7.2 Mbps dan tak putus. lega sikit rasanya. mungkin sebab baru lagi. dan kalau kawasan anda mendapat liputan, barang ni saya recommend. pilihan di tangan anda.

jya ne…

hijau negeri kedahku juara lagi

Filed under: coretan , , ,

cuti ooo cuti

berlalunya 31 hari dalam bulan 3 tahun 2008 masihi ni seperti kelipan mata. terasa laju peredarannya. sungguh cepat.zupp…

zass…

begitulah jika diterjemahkan ke bahasa bunyi. cukup dengan dua contoh sahaja. tak boleh lebih-lebih sebab kata orang,

sekali sekala
dua kali dua kala
tiga kali
naik kepala

pusing-pusing
selama sebulan ni, merata gak aku pusing. kat bawah ni sekadar ringkasan sahaja.
  1. hokkaido – tour bersama okasan Din and the gang. waktu ni penuh dengan salji putih. mungkin cuti musim panas ni akan ke sana lagi. tunggu kedatangan aku ye cik abang P-yah. pengesahan akan dibuat sebelum cuti bermula. hehe…
  2. fukui – jumpa bro jiji sebelum beliau berangkat pulang ke tanah air. ingat nak usha juga senpai yang diberi jolokan tsubasa. malangnya, dia di malaysia. tak dapek kawe nak jumpo.
  3. himeji safari – pergi dengan host family. safari ni berbeza daripada zoo. satu, boleh perhati dari jarak yang dekat. dua, kalau zoo, haiwan yang berada dalam kurungan. tetapi safari adalah yang sebaliknya. huhu..
  4. osaka – menyambut kedatangan 98 orang junior di hotel. seronok tengok diorang. macam-macam kerenah ada. harap lepas ni takde yang keluar jalan-jalan pakai selipar hotel ye.
  5. tokuyama – tidur di kosen Din. kat sini aku berjumpa buat kali kedua dengan okasan Din, muay get chi dan seniornya, alan . menetap kat kosen atas bukit ni best gak. boleh nampak bandar.
  6. hiroshima – mula-mula ke miyajima dengan Din dan Mu. pastu menginap di japanese-style house (ryokan) sebelum berkunjung ke bekas tapak pengeboman nuklear pada keesokan harinya. mungkin akan ke sana lagi pada cuti yang akan datang. siapa nak ikut bagitau k.
  7. kankuu (関空) – untuk pengetahuan cik alan dan yang lain, kankuu ni shortform kepada kansai kuukou yakni lapangan terbang kansai. aku ke sana untuk menghantar bro jiji balik. kitorang tidur kat sana lepas pusing-pusing osaka. itulah pengalaman pertama bermalam di airport. waktu balik malaysia nak tidur kat sana lagi. kerusi sedap dibuat tempat pembaringan :P
mendarat pakai kot, berlepas pon pakai kot
masa untuk bekerja

tahun ni, tanggungjawab yang dipikul semakin berat. sebagai abang, senior, pelajar dan macam-macam lagilah. suami ?

huyyo… belum tiba masanya.

jya ne…

p/s: entri mengenai pusing-pusing hokkaido masih dalam proses

Filed under: coretan ,