“kita bertolak pukul baper?”
” dah okasan aku nak datang waktu ni.”, balas member aku, Din.
“adeeeeh…..bosan giler la ni.”, rungut aku.
3 x 2
sewaktu berjumpa di stesen shin-kobe (新神戸駅) aku perasan bahawa rombongan ke hokkaido bukan aku, Din dan okasan Din sahaja. rupanya kena darab dua.yup…kami berenam yang akan ke sana. tambahan lagi dua orang makcik dan seorang senpai* Din.
aku cuba bertanya Din akan nama ketiga-tiga orang tersebut.
Din : nama senpai tu mui get chi. dari kemboja. kalo nak banding dengan senpai yang lain kat kousen*, akak ni paling friendly.
Aku : oooo….yang makcik-makcik tu pulak?
Din : entah…
Aku : ….(-_-”)….
at last
melihat salju putih yang terhampar luas di luar, sedikit sebanyak menurunkan tahap kebosanan yang melanda. benarlah apa yang telah dikata, penantian itu suatu penyeksaan. at last, pesawat ANA403 mendarat di lapangan terbang shin-chitose (新千歳空港) pada jam 1645.
ketibaan kami disambut oleh pegawai agensi perlancongan yang hanya boleh dikira dengan jari. rombongan besar cik kiah ke hokkaido ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut pakej yang dipilih dan dikehendaki memakai lencana kumpulan yang diterima sebelum berlepas. kami berenam dimasukkan ke dalam kumpulan merah.
i luv fuyu
perjalanan dari shin-chitose ke tempat penginapan kami di otaru (小樽) mengambil masa lebih kurang sejam setengah. sepanjang perjalanan, warna putih mendominasi pemandangan. jalan-jalan dan bumbung-bumbung rumah diliputi salji…sejuuuuk mata melihat. bila datang ke tempat bersalji ni, aku semakin menyukai fuyu*. i don’t know, but u will know why once u talk with me. V(^-^
mahalnya
sesampainya kitorang di hotel hilton otaru, tempat penginapan kami untuk malam pertama, terus kata sepakat untuk keluar makan dicapai. sudah tentu kerana perut masing-masing tak keharuan. hehe…
dari luar
buka je menu, Din bisik kat aku,” mahalnya.”
“jangan kisah sangat. bukan selalu ko ada peluang ke hokkaido ni. buat-buat tak nampak je harga tu.”, aku mencadangkan. nak tak nak terpaksalah dia setuju memandangkan beliau sudah berada di kerusi. hehe…
otaru
sushi yang disantap memang sedap. lebih-lebih lagi bila dimakan dengan secuit wasabi. kualitinya terasa, cuma kuantitinya macam terlebih la pulak. huhu…penuh perutku.
dalam perjalanan pulang ke hotel, pakcik drebar teksi memandu sekitar kawasan bandar otaru. banyak mengenai bandar ni diceritakan dengan perasaan bangga. antaranya:-
- terusan yang menjadi tumpuan suatu masa dahulu. di tepinya ada kilang yang dah tak beroperasi. dan sinar lampu sepanjang terusan tersebut, hanyalah menggunakan sinar lilin.
- kewujudan bank ternama bermula dari sini
- winter sportsman lahir di sini
- ada deretan bangunan lama yang masih digunakan
- kebanyakan kedai cenderahati yang ada menjual barang yang berasaskan kaca
fakta di atas aku pon tak berapa pasti sebab waktu dia cerita tu aku pandang tempat lain. dan waktu kat dalam bas pon makcik gaido* ada cerita. tapi waktu tu, telinga sedikit blur. kalo ada pembetulan fakta sila maklumkan ye….
betul ke (ni)?!
sebelum keluar makan, aku ada terjumpa benda seperti di bawah ni di bilik air.
apabila berat dikenakan ke atasnya, angka seperti di bawah ini pon keluar.
“majide*?!bila masa angkanya jadi macam ni?”, aku tertanya-tanya.
terus kata-kata makcik gaido terngiang-ngiang di telinga, ” tuan-tuan dan puan-puan, hokkaido ni boleh dianggap sebagai syurga makanan. oleh itu, selama 4 hari di sini, paling kurang sehari naik satu kilo.”
kata-kata itu disambut tawa pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang lain seakan bagi mereka itu hanya gurauan. disebabkan mereka fikir begitu, aku pon lagi la fikir camtu. apalagi…..menyantap la kita
bersambung…
*senpai (先輩) = senior
*kousen (高専) =kolej
*fuyu (冬) = musim sejuk
*gaido (ガイド) = pengiring
*majide (マジで) = betul ke (ni)
Filed under: kisah atok , hokkaido








sampai jgak ngko kat hokkaido..nk kena aku blnja kani lg ke?haha..
itu sudah semestinya
kerna aku datang nanti sebagai tetamu
hehe.
Alat yang menunjuk angka 79 itu..
kami memanggilnya Alat Puaka.. haha..
takpe2.. nanti boleh diet..
badan berat2 ni tak elok nak buat ibadat.. nanti cepat mengah & letih..kan?
beeeeeeeeeeetul btul btul
lagipun
tahap kecergasan lepas ni kena kasi up sket
sbb
yonen nnt pon cam sibok je
huhu…
Nanti nak pusing mane pulak? Jomla pusing-psuing lagi.
Terima kasih sebab bawak aku pusing-pusing kobe.
hoho…
no hal bro
bnd kecik je tu
apa?!
mu biar btui nk pusing-pusing lagi?
kalo camtu tunggu la summer nnt
hehe…
ok tak?
cuti spring ni pon dh nk abis
baki yang tinggal ni
nak guna untuk ngemas bilik
semak ooo bilik la ni (^~^)
saya pun plan nak pegi hokkaido natsu nanti!
ermm..ada singgah kedai kopi yang boleh kisar kopi sendiri?
tak sabarnyaaaa…
ooo
kat situ tak singgah la pulak
grup kitorang
singgah kat tmpt yg ada mknn je
hehe…
p waktu natsu pon ok
ada pemandangan lawa
salah satunya
kalo tak silap
shibazakura (芝桜)
scr direct translationnye
rumput sakura
ambo dan tengok kt poster saja
huhu…