COUNTDOWN
hari ini, waktu berkempen hampir tamat dan esok rakyat akan berpusu-pusu membuang undi bagi memilih pemimpin di kawasan masing-masing. aku di perantauan tak senang duduk membaca perkembangan PRU apatah lagi menuggu keputusan, samada akan menjadi berita gembira atau sebaliknya.
“awat hang kata lagutu?”, aku pon bertanya.
” hang tak dengaq pasai memali ka?”, dia bertanya kembali.
“dak pun”, balas aku.
apalagi… kawan aku tu terus cerita pasal memali tu. waktu tu aku hanya mendengar sahaja. tidak terima 100%. iye la…sebab penceritanya budak-budak lagi, kebarangkalian kisah itu ditokok tambah ada. bermula dari situ aku cuba mencari maklumat yang berkaitan, tetapi apakan daya, sumber terhad. tak banyak yang diperolehi.
pada tahun yang sama juga, satu negara gempar dengan kes pemecatan TPM waktu itu.
tetapi pada waktu itu, akhbar-akhbar selain UM, BH dan harakah tumbuh macam cendawan dan laris seperti pisang goreng panas. sumber-sumber waktu tu banyak. macam-macam cerita yang keluar. kenapa dia dipecat dan lain-lain lagi. aku baca hampir semua. cuma, apa yang jadi pencarian aku waktu tu hanyalah kisah latar belakang pakcik tersebut.
“itu perkara biasa bagi orang politik”.
“orang politik macam-macam ‘buat’ “.
tetapi….
“pakcik ni kena naya“, kata sebahagian besar juri awam dalam hati aku.
pilihan raya selepas peristiwa itu menyaksikan kehadiran ramai pembangkang dalam sidang parlimen. semakin ramai pembangkang dalam tu semakin hangat dewan parlimen, aku dengar kata orang. bukan kata aku ye…hehe
beberapa tahun lepas tu pulak, ketua pembangkang dewan parlimen meninggal dunia. waktu tu, seakan suasana suram melanda persekitaran. awan mendung, masa dirasakan berjalan perlahan, aku seperti keseorangan di sekolah. lengang.
“jom kita ke darul ulum. dengar kata nak kebumi kat sana. kena awai. kalo tak, sesak”, aku terdengar perbualan rakanku.
tekaan kawanku itu benar. ketika aku dalam perjalanan pulang, kereta berduyun-duyun kiri dan kanan. tidak seperti hari-hari biasa. itu baru di highway. belum kat jalan untuk menuju ke sana.
setahun lepas tu kot, CetDet kita bersara dan diganti dengan minister yang dianggap clean bagi orang, bukan bagi aku. walaupun dia keturunan ulama sekalipun, itu bukan jaminan kualitinya akan sama. cukup untuk kulihat sejarah 5 bulan yang lepas.
bermula dengan ungkapan “saya pantang dicabar” sebagai memberi amaran supaya rakyat tidak keluar membuat perarakan aman. paklah kita ingat, mereka akan gerun dengan amaran itu. tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. rakyat keluar beramai-ramai pada 10nov.
ketika itu, ayat “democracy malaysian style” keluar dari mulut pengulas berita stesen luar negara. dan aku sebagai rakyat malaysia malu dengan jawapan yang diberikan oleh salah seorang menteri kepada anchor stesen berita tersebut. hampeh. macam itu ke adab seorang menteri yang ditugaskan untuk memberi keterangan? mengecewakan. pastu nak kaitkan dengan negara luar pula. bahaya tu..
untuk membuktikan mereka berlaku adil, stesen tv tu pon ajak berforum. kesimpulannya masing-masing boleh buat, kan? V(^-^
PRU12
sebelum pembubaran parlimen, ambo rasa tak sedap hati. iye la….paklah pernah, bagi ambo, membuat pembohongan mengenai world competitiveness apebende ntah…pastu sebelum nak bubar parlimen pon sempat lagi dia nak kelentong. tak perlu la ambo ulas pasai ni. rasanye semua tahu.
oleh itu, ambo berpendapat, kalo yang no.1 pon buat seperti itu, apatah lagi yang no.2 dan seterusnya.
dan adakah pilihan raya kali ini bersih jika suruhanjayanya pon tak konsisten? sekejap buat tu, sekejap buat ni. kasihan orang bawahan. duit pon abis banyak.
KESIMPULAN
negara kita negara yang sedang membangun. bukan negara yang sudah membangun, apatah lagi negara yang maju. untuk menuju ke negara yang maju, rakyat perlu menolak pemerintah dan memilih pemimpin. pemimpin itu pula perlu cukup syarat. bagi ambo, cukuplah dengan berkata benar, bijaksana, amanah dan menyampaikan.
kepada yang merasakan sang juara susah dikalahkan, ingatlah bahawa yang di atas tidak akan kekal di atas. yang di bawah tidak akan kekal di bawah.
p/s: undi betul2 yer. tak perlu undi online. V(^-^
Filed under: coretan , pilihan raya, politik
afiq!
jangan bermain politik…
sila pergi bermain bola..
bru sehat tubuh badannn
Bukan main politik saudara syabab, perjuangkan politik. Kalau nak main politik, takyah la susah! hihi. Jom main bola lepas pilihanraya, paling kurang winning 11
#bro syabab
#samuraisyahid
1.artikel camni ambo buat setiap PRU shj
ini bermaksud…lagi 5 tahun la artikel camni akan keluar
tak tau akan ulas apa lepas ni
mungkin bab ekonomi pula kot
bergantung kpd result pilihan raya ni
hehe
2. ambo rasa kalo nk dbandingkn waktu kat malaysia, sini ambo kurang bersenam. paling kurang sekali seminggu. tapi, mulai cuti ni, mmg rajin gak r kuar. at least kayuh basikal, jalan2 atau main winning 11. V(^-^
hoho… hurm.. ulas bergantung pada result election. Btui tu. Nak ulas kisah-kisah santai, tak best la pulak sebab sekarang musim pilihanraya. Aku pun x senang duduk. Tapi internet slow, nampak gayanya kena duduk la kejap.
InsyaAllah jumpa kat kobe hari isnin ni atok.eblvkd
#naimothman
insyaAllah, jumpa kat kobe nanti.
p/s: harap esoknya berjalan dengan lancar…walaupun ada kekecohan yang dijangka berlaku