@batuterang

Icon

10 Zulhijjah = 20 Disember = Raya Haji

Sekarang ni atok sedang melukis. Bukan melukis kartun, tetapi sedang melukis pelan suatu barang. Sepatutnya kena hantar semalam, tapi memandangkan faham last minutes cara nak melukis, tak sempat nak siap dan esok merupakan due date yang kedua.

Oleh yang demikian, atok telah memutuskan untuk siapkan kerja ni dulu sebelum tidur. Kalo siap sebelum kelas bermula, tidur waktu kelas kot.

Hmm…

Sejak kebelakangan ni, atok semakin sibuk dengan tugasan dan aktiviti luar yang menyebabkan masa untuk aktif dengan kelab dan sebagainya menjadi terhad. Tambahan lagi, tugasan untuk cuti musim sejuk ni telah pun diberi. Yang dahsyatnya, kena siapkan kerja tu (4kali lebih banyak dari cuti musim panas dulu tu) dalam masa dua minggu!!!

Kedahsyatannya atok terima dengan berlapang dada.
Sebab apa?
Otak atok akan bertambah geliga. InsyaAllah.

Terpaksalah Solat kat Bilik

Di dalam kemeriahan umat Islam menyambut perayaan Aidul Adha di negara masing-masing, dengan solat sunat raya, aktiviti melapah, mengagih daging korban dan sebagainya, atok kat sini ikut kuliah. Sebenarnya, nak minta tak datang pun tak mengapa, tapi memandangkan subjek hari ni antara yang susah, terpaksalah atok memadamkan hasrat untuk beraya di Kobe dengan senior-senior.

Cuti Fuyu

di Jepun ketam dipanggil kani
kalau daging ayam disebut toriniku
tak sabo atok menanti
tibanya cuti fuyuuuuuu

2 darab 2 sama dengan 4
2 tambah 2 pon sama dengan 4
sebab tak tahan dok satu tempat
kali ni atok nak pi merata tempat

orang jepun suka perayaan
kawan atok pula suka main Wii
seminggu ni nak main
seminggu lagi nak study

Selamat…

Filed under: kisah atok ,

Contoh Teladan

Kanoute saves mosque from closure

MADRID: Mali international footballer Frederic Kanoute has saved a mosque from closure in Seville, the ABC newspaper reported on Thursday.

Kanoute paid 510,860 euros so that fellow Muslims in Seville would not find themselves without a mosque.

Kanoute, who plays for Sevilla in the Primera Liga since moving from French champions Lyon in 2005, has also created a foundation in Mali to help children, particularly orphans. – AFP

sumber: thestar online

p/s: sejuk hati

Filed under: T.I.M ,

Twitter?

PAPAN

portal
wg2009

Komen Terbaru

am pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Kukus
am pada Kukus
nur sakinah pada Kukus