@batuterang

Icon

tiba #2

SUBUH

aku terjaga.

“baru pukul 5 rupanya.”

sedang membetulkan kedudukan bantal, tiba-tiba terperasan akan satu cahaya yang menerangi bilik. bukan cahaya daripada lampu katil. juga bukan daripada lampu bilik. terus aku memalingkan pandangan ke tingkap.

“ya allah. dah terang rupanya.”

mata yang kuyu menjadi bulat. badan yang liat menjadi segar. terus ku kejut rakan sebilik (zarul dan syawal) dan bergegas untuk mengambil wuduk.

SARAPAN

setelah siap berkemas, maka menujulah aku ke ruang santapan. tibanya di sana, ramai kawan-kawan sedang beratur untuk mengambil makanan. tak sangka aku. ingat kot aku yang awal. rupanya mereka lagi awal.

hidangan yang disediakan pagi itu, memang akan membangkitkan selera. udang tenpura, sashimi (ikan mentah), sup miso dan pelbagai lagi masakan jepun. waah… semua aku nak rasa. oleh itu, bermulalah strategi makan iaitu semua jenis sajian diambil dengan kuantiti yang sedikit dan dimulakan dengan pemanis mulut ataupun dessert.

alhamdulillah.

BERLEPAS

“terima kasih. sila datang lagi,” kata akak kaunter ketika aku memulangkan kunci bilik kepadanya. manis senyuman yang dilemparkan.

“ok semua. cepat, cepat. kita kena kejar tren ni,” kata seorang akak yang bertanggungjawab membawa kumpulan aku.

tidak lama selepas tu, kumpulan aku pun bertolak menuju ke eki (lebih kurang stesen komuter). naik densha sampai di stesen tokyo. disebabkan waktu berlepas semakin hampir, kumpulan aku bersegera menuju ke platform shinkansen.

first impression bila tengok shinkansen? nampak canggih…kalah keretapi ktm. walaupun shinkansen ni tiada katil. tapi kerusinya agak selesa. dan, tak dengar sangat bunyi bising dari luar. itu waktu baru naik. bila dah duduk lama dalam gerabak……sangat bosan. nak tengok pemandangan luar pon susah. ye la. dah la laju, pastu banyak kali masuk keluar terowong plak. aduuh, pening mata aku….

tokyo dari dalam shinkansen

Filed under: kisah atok , , , , ,

tiba #1

masuk hari ni, sudah dua bulan lebih aku di jepun, bumi sakura.

ketibaan aku dulu di lapangan terbang narita, tokyo, disambut awan mendung. suram pemandangan di luar tingkap kapal terbang seakan menggambarkan sikap rata-rata penduduknya. dingin. susah bergaul. begitulah kata orang.

selesai urusan dengan pihak imigresen, aku bergerak bersama rakan yang lai n. 71 orang kesemuanya dan diiringi pegawai jpa. tika itu, perasaan aku bercampur baur. ada rasa gembira, sayu, dan berdebar. biasalah bagi yang berjauhan dengan insan tersayang.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , , , ,

Twitter?

PAPAN

portal

Komen Terbaru

am pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Kukus
am pada Kukus
nur sakinah pada Kukus