@batuterang

Icon

Minggu Ke-22

KERJA

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua bekerja di pejabat. Bahagian quotation. Buat anggaran harga produk syarikat. Awalnya agak kabur dengan cara perkiraan. Sekadar ikut ajaran (baca: arahan) senpai. Tekan-tekan keyboard dan akhirnya keluar harga. Haha.

Tetapi, sekarang ok sedikit sebab dah mula biasa dengan flow kerja. Dan dah tetapkan Ogos ini sebagai matlamat jangka pendek, waktu yang ditunggu-tunggu. Sebab ada cuti seminggu. Hoho.

DEBAT

Antara cerita yang menarik pada minggu ini adalah debat antara orang politik muda. Antara Rafizi dan KJ. Khairy Jamaludin. Tajuknya berkenaan dengan PTPTN.

Aku tak sempat ikuti perdebatan tersebut. Namun, aku cukup gembira dengan perkembangan ini kerana agak sukar untuk kita lihat dan dengar orang politik bersedia membentangkan idea masing-masing. Atas satu pentas dan satu isu.

Tambahan lagi, saya lihat mereka berdua sebagai pemimpin negara akan datang. Masing-masing ada kualiti. Masing-masing ada aura. Mungkin tidak lama lagi, akan sampai masanya pakcik-pakcik kita akan serahkan tanggungjawab negara kepada abang-abang kita. Dan semoga mereka dapat terus memberikan nafas baru kepada politik tanah air sepertimana yang telah mereka tunjukkan pada acara tersebut.

p/s:Lama aku menunggu sejak ‘debat’ antara Shabery Chik dengan Anwar Ibrahim. Selepas ini tidak tahu pula bila. Antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang? Mungkin lepas tukar kerajaan kot.

IRSHAD MANJI

“Tuuu dia aih!!”

Macam itulah reaksi saya bila baca apa yang dia bawa. Agak berani dan ‘nampak-seperti’ seorang intelektual. Tahukan apa reaksi masyarakat Islam di Malaysia? Namun saya tertarik dengan cara pemikiran Ustaz Hasrizal bila berhadapan dengan isu ini. Boleh ‘hadam’ artikel  beliau di sini.

Melihat sisi emosional. Ada cerita di sebalik tabir yang boleh diambil iktibar. Daripada subjek dakwah kita.

ECL

Heroes' welcome for triumphant Chelsea

Chelsea juara.  (^^)

Filed under: coretan, , , , ,

Minggu Ke-15

Keluar dari Tokyo dan Hanami!!

o(^▽^)o

20120505-172732.jpg

=======

bila dah nak pilihanraya ni, makin ‘bising’ la pula.

Filed under: coretan, kisah atok

Minggu Ke-14

Minggu pertama memulakan karier. Sekarang sedang berkursus di Tokyo selama 2 minggu. Banyak slot hanyalah untuk mengenali syarikat di samping group work.

Persekitaran banyak berubah. Asrama di kawasan kampung. Lebih ‘kampung’ daripada Ube. Mungkin Mansoura lebih baik. Tapi suasananya lebih tenang. Udara segar.

Dapat kenal rakan sekerja. Kebanyakannya orang tempatan. Mungkin untuk tahun pertama kami akan banyak bersama. Namun lepas itu, mungkin ada yang akan ditempatkan di ibu pejabat. Di Tokyo.

20120409-174642.jpg

目標へ向かってゆっくりと歩んで行こう!

=============
penin bila tulis atas bas.

Filed under: coretan, kisah atok

Sebongkah Batu di Kuala Berang

 

 

Rasanya ini adalah karya Faisal Tehrani yang ringkas dan pendek yang pernah aku baca. Juga karya beliau yang pertama diterbitkan PTS. Namun, seperti biasa, isinya padat. Ada satu ketika aku perlu berhenti untuk ‘ambil nafas’ disebabkan fakta yang dibentangkan berjela-jela.

Novel ini berkisarkan sekumpulan pelajar Akademi Kesenian Islam yang diberi tugasan, iaitu menyiapkan sebuah dokumentari drama  mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Walaupun para sejarawan tidak menetapkan atau tidak sebulat suara berkenaan hal ini, namun penulis telah mengemukakan pendapat hasil daripada kajian pelbagai sumber beliau yang kita boleh lihat di bahagian akhir novel ini.

Apakah teori yang dikemukakan dalam novel ini?

Haaa, cuba baca dulu.

Tak rugi sebab kisah Wali Songo dan salasilah keturunannya ada diceritakan di samping penulis juga membuat kritikan terhadap beberapa selebriti yang pernah buat heboh sebelum ini. Bagi aku, yang paling menarik adalah pada pandangan beliau berkenaan cara untuk menarik kembali umat nusantara terhadap Islam.

Filed under: coretan, ,

9 Julai 2011

Esok hari kemuncak

Samada akan berjaya atau tak

Sokong ataupun bangkang

Kita letak ketepi

Sudah bukan masanya

Yang pasti

Ianya akan tercatat dalam lembaran sejarah

Ke atas kita

Harus ambil iktibar

Apa yang berlaku

Untuk pedoman

Di masa akan datang

Waktu ini

Aku hanya mampu berdoa

Sama seperti

Waktu bumi permusafiran aku

Dikejutkan dengan gempa besar

Aku hanya mampu berdoa dari jauh

Menunggu berita dari jauh

Semoga tiada yang buruk bakal berlaku.

Filed under: coretan,

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.